Saturday, 5 May 2012

Fabrik Sifon pilihan wanita masa kini



WANITA sentiasa menitikberatkan penampilan diri mereka justeru pemilihan kombinasi rekaan dan warna pakaian amat memainkan peranan penting bagi menyerlahkan lagi personaliti diri.
Apatah lagi wanita hari ini juga semakin bijak memilih untuk berbelanja pada harga berpatutan namun masih kekal tampil mewah dan penuh bergaya. 
Oleh itu, menerusi gedung fabrik terkemuka tempatan, Gulati’s dan Euro Moda, pengunjung bukan sekadar ditawarkan variasi fabrik yang bersesuaian dengan trend semasa malah fabrik berkualiti daripada segi corak, warna dan sifat kain yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.


Antara jenis fabrik yang selalu menjadi pilihan wanita adalah fabrik sifon kerana ia mudah dipelbagaikan bagi memenuhi cita rasa pelanggan dan gaya semasa.


Fabrik yang diperbuat daripada kapas, sutera dan bahan sintetik serat ini bersifat ringan serta lembut, oleh itu harganya ditentukan oleh kualiti kain.




Antara pilihan fabrik sifon yang terdapat di terdapat di Gulati's dan di Euro Moda

Di Euro Moda dan Gulati’s, fabrik sutera sifon ini hadir dalam kualiti berbeza bagi memenuhi cita rasa dan bajet pelanggan. Sutera sifon cucian tangan sering menjadi kegemaran ramai untuk digayakan sebagai baju kurung, jubah moden atau blaus kaftan.


Rekaan corak dengan sentuhan warna terang menjadikan fabrik ini berbaloi pada harga serendah RM100 sepasang di samping akan mendapat fabrik lapis georgette yang berkualiti tinggi.


MENAWAN..


fabrik sifon juga digunakan dalam rekaan jubah-jubah terkini








Selain itu, di gedung ini juga terdapat lebih daripada 200 jenis rekaan fabrik yang menarik untuk dijadikan pilihan.


Hari ini, sutera sifon bercetak yang direka khas dengan kombinasi motif flora dan fauna, abstrak, geometri atau cetakan kulit haiwan terus mendapat sambutan menggalakkan.


Ramai dalam kalangan wanita suka memilih rekaan kombinasi corak berbunga dan cetakan kulit haiwan bagi menampilkan elemen mewah dan elegan.


Malah fabrik sutera sifon polos juga tidak kurang hebatnya apabila ia menjadi dambaan wanita yang gemar membuat baju berpotongan longgar seperti jubah moden dan kaftan.


Elemen tambahan seperti perincian manik dan kreativiti jahitan sulaman, baju sifon polos daripada satu rona warna juga tetap mewah untuk digayakan ke majlis rasmi mahupun keramaian.






Rekaan ini sangat sesuai untuk ke majlis makan malam rasmi..


fabrik sifon menyerlahkan keayuan si pemakai


Kostum pengantin juga diperbuat daripada sifon







Bagi penggemar koleksi fabrik ekslusif Itali dan fabrik sutera sifon dari jenama Eropah seperti Unggaro dan Valentino, anda harus ke gedung ini untuk mendapatkannya.


Pada pendapat saya, sentuhan manik, mutiara dan kilauan batu kristal swarovski yang terdapat pada fabrik mewah Eropah ini menambah penyeri kepada si pemakai yang akan tampil lebih yakin untuk ke majlis korporat ataupun makan malam istimewa bersama pasangan anda.


Dan saya rasa  sekarang  kebanyakan baju-baju pengantin juga telah banyak menggunakan fabrik sifon dalam rekaannya kerana saya rasa fabrik sifon sangat menarik dan juga sangat selesa untuk digayakan oleh pemakai, khususnya bagi pengantin yang mahu kelihatan lebih menawan dan bergaya.


Untuk pengetahuan anda, perbezaan antara sutera sifon Korea dengan sutera sifon Itali adalah berdasarkan warna dan rekaannya.


Ada 18 cawangan gedung Euro Moda dan Gulati’s yang menyediakan pelbagai jenis kain kegemaran. Terbaru, menerusi cawangan terbarunya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, dan Lembah Sireh, Kelantan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari facebook.com/euromodagulatisfanpage.

No comments:

Post a Comment