Saturday 5 May 2012

Beg Tangan Penyeri Wanita





Tidak lengkap rasanya gaya seharian wanita tanpa beg 
tangan. Selain diibaratkan seperti perisai diri,ia juga  menjadi titik tumpuan utama di samping sepersalinan busana indah.




Justeru, label aksesori mewah tersohor dari Australia, Oroton, menampilkan koleksi terkini musim bunga dan panas 2012 dengan gaya lebih moden, kontemporari dan pasti menarik hati.





Koleksi yang dipersembahkan pada pelbagai jenis beg tangan seperti beg tote, mini, genggam atau kepit seperti hobo dan aksesori untuk yang lain mengutamakan kualiti, elegan, perincian, kepelbagaian fungsi dan paling penting kesederhanaan.

No comments:

Post a Comment