Wednesday 25 April 2012

Baju tshirt muslimah terkini


Usah perlu risau dan pening -pening kepala untuk pergi beriadhah dan juga untuk aktiviti santai ..Dengan adanya rekaan baju t-shirt muslimah terkini, selesai sudah masalah itu..Inilah antara pilihannya...





Saya rasa baju t-shirt ini sangat menarik kerana ia bukan    sahaja sesuai untuk bersukan tetapi juga dapat digayakan untuk ke kampus dan sebagainya. 


Pelbagai corak dan design yang menarik yang boleh kita pilih mengikut citarasa anda. Dengan rekaan terkini ini anda juga dapat bermain sukan dan menjalani aktiviti-aktiviti lain dengan menutup aurat dan juga selesa..

Pelbagai sulaman menarik yang terdapat pada tudung bawal

CANTIK....gabungan warna pink dan biru yang menyerlahkan lagi si pemakai..




Tudung bawal telah mendapat perhatian semula apabila pereka tudung bawal telah meletakkan pelbagai bentuk dan corak sulaman di atas kepala yang biasanya dipanggil sulaman crown.Ramai wanita khususnya remaja masa kini semakin suka bergaya dengan tudung yang mempunyai sulaman crown ini kerana ia bukan sahaja menambahkan keyakinan kepada si pemakai, bahkan membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun dan menawan tanpa memakai aksesori yang lain.





indah....gabungan sulaman dan berlian 






Pada pendapat saya, gabungan diantara sulaman tangan yang unik dan ketulenan berlian yang diletakkan di atas kepala tudung sangat menarik kepada remaja yang mana mereka memang suka mengenakan tudung yang menyerlahkan personaliti mereka dan juga membuatkan mereka kelihatan lebih outstanding kerana mereka aktif dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Saya rasa mereka juga ingin sentiasa kelihatan menarik walau dimana pon mereka pergi. Dan dengan adanya rekaan sulaman yang begitu menarik, anda semua khususnya pada remaja di luar sana dapat juga aktif dan kelihatan menawan setiap masa.


Ini adalah diantara contoh-contoh design terkini.



                                        Ini adalah sulaman Riben Tempatan



                                                      sulam tangan ekslusif.


Banyak sulaman yang menarik yang terdapat pada tudung bawal..
Kepada yang berminat,
Pergilah dapatkannya sekaranggggg.....

BERGAYA DENGAN PELBAGAI CARA PAKAI TUDUNG BAWAL YANG MENARIK



Pada masa kini, dengan tudung bawal empat segi biasa,kita juga dapat bergaya seperti pemakaian selendang yang sekarang ini menjadi trend dan gilaan remaja masa kini.Semenjak selendang mendapat perhatian remaja, tudung bawal biasa tidak lagi mendapat perhatian, akan tetapi apabila banyak gaya dan rekaan di dalam cara memakai tudung bawal biasa diperkenalkan, ia menjadi trend semula.


  
Cuba anda lihat video ini dan cubalah try k...










Saya rasa tudung bawal sekarang telah banyak diubahsuai  yang menjadikan ianya diantara jenis tudung yang mendapat sambutan hangat daripada wanita yang bertudung khususnya remaja yang menginginkan keselesaan dan bergiat aktif dalam keadaan yang sopan. 


Ini kerana tudung ini sangat mudah dipakai dan sangat cantik dipakai kerana gabungan diantara sulaman bunga yang dibuat tangan dan berlian yang tulen. Dan saya rasa gabungan ini adalah gabungan yang sangat kreatif yang membuatkan ramai wanita tertarik dengan tudung bawal ini.  


Antara tudung-tudung bawal yang berada di pasaran sekarang...Banyak pilihan menanti anda, pilih je mana yang anda suka...
Ini tudung bawal yang mempunyai permata





Saturday 14 April 2012

Design terbaru rekaan pereka fesyen Nik Erwan Roseli





Tahniah kepada pereka fesyen berbakat besar, Nik Erwan Roseli yang telah memenangi tempat ke-2 di Pertandingan Batik Muslimah Piala Seri Iman di Terengganu yang diadakan baru-baru ini.






Collection Season: Autumn/Winter 2010. With the usage of dark earthly tones such as gold, bronze and dark green. These colors are suitable for the local market especially in muslimah wear as the colors are not shocking and suitable for most women with or without tudung. Simply stylish and desireable!







Nik telah menggunakan fabrik Batik Gaya Warisan yang sangat cantik dan sangat elegan digayakan. Menggunakan stylish ternama iaitu Megat Vee Azman. Antara model terlibat untuk fotoshoot ialah Dee Dee & Nazim. Ketika pertandingan pula, fesyen Nik Erwan Roseli digayakan oleh Ahya, Carmen, Eza & John O.







Fashion Statement: A delicate yet astonishing fabric, Batik is one of our culture’s most treasured craftsmanship has been modified to suit the lifestyle and trends of our modern day! The combination of batik and rock chic modus vivendi in our today society will give youngsters a more hip and updated look while paying tribute to our respectable fabric as a form of appreciation. The usage of geometrical shapes and floral in my collection will simply awe the eyes of the beholder as it has been given a fashionable facelift!

Design Concept: Specifically designed for young women with tudung. A trendy and modern muslimah look inspired by rock chic suitable for teenagers who dare to dress the part and appear stylish. Embelished with metal studs, ailets, gems and a sprinkle of diamante used in a fashionable manner styled with belts and tiered bangles. Truly outrageous!


Pada pendapat saya, pereka ini sangat kreatif memperkenalkan rekaan baju-baju yang sangat pelik dan juga unik kerana sesetengah orang sahaja yang betul-betul berani mempergayakan ataupun mengenakan pemakaian sebegini.


Tetapi apapun, saya ingin mengucapkan semoga pereka baru ini berjaya dalam kerjaya ini dan seterusnya dapat memartabatkan fesyen muslimah di mata dunia.


Monday 9 April 2012

Jubah Modern jadi tarikan



Dulu, remaja tidak langsung memilih jubah untuk bergaya kerana jubah dianggap terlalu kuno dan juga tidak bergaya, akan tetapi dengan pengubahsuaian dari segi fabrik dan juga design yang digunakan dalam pembuatan jubah telah menarik para remaja untuk menggayakan jubah dalam pemakaian mereka sama ada untuk ke kampus ataupun ke mana-mana majlis. Hatta untuk majlis makan yang formal ataupun majlis yang istimewa yang lain. 




Ini kerana sekarang,dengan keluaran fesyen-fesyen muslimah terkini,anda juga boleh bergaya seperti wanita-wanita lain dengan lebih bergaya,trendy dan yang paling penting sopan dan menutup aurat. 




Anda tidak payah risau,anda dapat memilih pelbagai rekaan dan gaya untuk dipadankan ke mana-mana majlis.Anda boleh memilih jubah, blause dan sebagainya untuk kelihatan lebih menawan.






Inilah antara jubah-jubah terkini yang mendapat sambutan hangat dari golongan wanita zaman sekarang disebabkan design-design yang sangat menarik dan juga sangat menawan 

Wednesday 4 April 2012

fesyen muslimah terkini...anda bley bergaya sakan!!!

Dengan padanan selendang dan jubah  yang berwarna kelabu membuatkan si pemakai nampak lebih menawan dan sesuai untuk pergi ke mana majlis
Pemakaian ini pula sesuai untuk pergi bersantai bersama family
Kepada semua wanita yang bertudung, anda jangan bersusah hati kerana kita juga dapat bergaya juga..hehehee

fesyen muslimah terkini



Semua wanita inginkan kecantikan dan ingin kelihatan menarik setiap masa bukan? Sekarang anda tidak lagi susah untuk mendapatkan busana yang bukan sahaja membuatkan anda nampak bergaya malahan pada masa yang sama masih lagi menjaga nilai kesopanan dan kelembutan yang ada ciri-ciri ketimuran.

Sekarang pelbagai busana yang dicipta khas bagi muslimah untuk kegunaan seharian dan juga untuk ke majlis yang istimewa seperti majlis keramaian ataupun ke majlis makan malam dan sebagainya.



Antara rekaan yang menarik dan unik yang direka khas untuk muslimah terkini

Jadi saya rasa anda tidak perlulah memberi alasan bahwa apabila anda membawa identiti muslimah,anda tidak lagi boleh kelihatan menawan dan dan bergaya.





Busana Muslimah juga direka untuk kegunaan kanak-kanak. Pelbagai rekaan yang menarik yang boleh kita dapatkan di pasaran sekarang. 

Blause ini sesuai untuk beriadhah  ataupun  untuk aktiviti  santai bersama keluarga.

Sesuai untuk ke majlis formal 


Semuanya sudah ada di depan anda bukan? pilih la yang mana terbaik untuk anda...Sebenarnya Islam tidak melarang kita untuk kelihatan cantik selagi ia tidak melanggar syariatnya..