Monday 14 May 2012

Ringkas dan elegan

Dulu, orang ramai tidak pernah ambil kisah mengenai pakaian apa yang perlu digayakan ketika mahu pergi bercuti ttapi kini tidak lagi. Malah ada yang sanggup membeli-belah pada saat-saat akhir semata-mata mahu mendapatkan pakaian yang sesuai mengikut aliran fesyen terkini.
Pada pendapat saya, antara butik yang boleh dikunjungi ialah Island Shop yang terkenal dengan rekaan santai, longgar serta selesa digunakan. Bagi saya pemilihan fabriknya yang ringan pula menjadikannya pilihan untuk meraikan musim panas dan sinonim dengan percutian. 



Pelbagai pilihan yang terdapat di butik Island Shop


Penggunaan fabrik yang ringan dan lembut sesuai untuk  pergi melancong





Rekaan yang ringkas, elegan dan ala bohemian milik jenama ini sentiasa menarik mata pengunjung di pusat beli-belah untuk mendorong mereka ke butik itu bagi mengamati sendiri pakaian di depan mata.Inilah diantara baju-baju yang terdapat di butik milik Island shop.
Saya cadangkan  kepada sesiapa yang sangat suka pergi melancong, silalah pergi kek butik ini untuk mendapatkan design baju yang terkini..

Sunday 13 May 2012

Jam tangan serlah personaliti anda



Tidak lengkap rasanya jika kita tidak memakai jam tangan apabila kita ingin  bergaya kerana jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori malah ia juga dapat menyerlahkan personaliti seseorang. 





Pakar berpendapat bahwa jika seseorang itu memakai jam tangan, ia bermakna orang itu seorang yang menjaga masa dan juga seorang yang sangat menghargai masa serta seorang yang menepati masa.





Untuk pengetahuan anda, pelbagai rekaan jam yang anda boleh dapatkan di pasaran dengan pelbagai tawaran harga yang menarik. Ianya bermula dari harga RM 10 sehinggalah berjuta-juta ringgit. Bagi orang yang inginkan kepuasan dan juga kualiti yang menarik, mestilah perlu korbankan sejumlah wang yang banyak  untuk mendapatkan yang seperti anda impikan.. 


 Inilah diantara jam yang ada dipasaran, pelbagai rekaan telah dibuat unutk memuaskan hati si pemakai kerana citarasa  setiap orang adalah sangat berbeza. Sesetengah orang menyukai design yang simple dan yang lain pula menyukai design yang penuh dengan berlian seperti gelang tangan dan sebagainya. Akan tetapi, design seperti itu biasanya diminati oleh golongan wanita yang ingin kelihatan  gorgeous setiap masa.








Saturday 5 May 2012

POTONGAN DUYUNG, KEDUTAN LEBIH EKSKLUSIF

Pereka muda Syahrir bijak adun warna dengan material dipilih


MELANGKAH penuh yakin, dengan jambangan bunga segar di tangan, indah dan menawan. Semuanya serba sempurna daripada pakaian, solekan serta dandanan rambut. Malah dalam setiap padanan walaupun menjurus kepada gaya moden, masih terlihat ciri rekaan tradisi menerusi potongan yang kemas, perincian sederhana dan tidak keterlaluan.


Rekaannya masih lagi mengekalkan ciri-ciri kesopanan

ANGGUN...berseri dengan busana indah kain kembang menonjolkan keanggunan mempelai. Bunga tangan penambah seri.


Jelas koleksi terkini pakaian perkahwinan pereka muda yang mencipta nama menerusi Anugerah Jarum Berlian 2000 dan 2004 ini, Syahrir Nurdin bukan saja anggun untuk majlis pertunangan dan akad nikah malah persandingan, majlis bertandang serta acara potong kek.




Antara rekaan gaun yang terdapat di butik Shahrir

CANTIK.. tanpa perincian manik mewah, busana ini cukup indah untuk mempelai

Setiap padanan yang beralun cantik pada tubuh tinggi lampai peragawati, bagaikan tiada kekurangan. Kemas, malah sesiapa juga pasti terpesona pada potongan yang begitu menyerlah menerusi lembaran fabrik digunakan. Nyata anak muda ini bijak mengadunkan warna menerusi pemilihan material seperti sifon, renda Perancis, taffeta, shantung sutera dan satin dutches.

Menurut Syahrir, walaupun tampil moden namun untuk bertunang dan akad nikah, potongan kurung moden masih menjadi pilihan.



“Potongan ini bukan saja sesuai malah terbukti mampu menaikkan seri pengantin. Oleh sebab itu ia menjadi rekaan kegemaran mempelai kerana nilai estetika yang tersendiri,” katanya.


INDAH.....




“Menariknya bentuk leher potongan sampan dan dikemaskan perincian manik sesuai untuk semua jenis bentuk badan manakala pengantin bertudung, sesuai mengenakan pakaian dengan leher berbentuk bulat.

“Bentuk leher V pula sesuai dipraktikkan bagi mempelai yang ingin memakai rantai leher pada hari pernikahan atau persandingan. Bentuk leher V ini juga memberi ilusi leher nampak lebih jinjang,” katanya yang membuka butik di Plaza Masalam, Shah Alam.

Daripada segi pemilihan warna, putih gading, nude dan champagne adalah antara rona yang tidak lapuk ditelan zaman walau apa juga tema pilihan. Malah pengantin memberi kebebasan kepada Syahrir dalam menentukan warna sesuai.

Bagi kekal sempurna, Syahrir menasihati mempelai memilih aksesori yang tidak terlalu sarat coraknya. Saiz bergantung pada lokasi perkahwinan. Sekiranya majlis itu diadakan di dewan besar mempelai boleh menggunakan ukuran besar tetapi bagi majlis di rumah memadai memakai aksesori tiara atau anting-anting sederhana.



“Rantai bukanlah perhiasan yang harus dipakai pada setiap pakaian. Sekiranya bahagian leher busana dihiasi kemasan manik, rantai sudah tidak perlu lagi. Cukup hanya mengenakan subang dan tiara atau klip rambut bertakhta mutiara atau permata,” nasihatnya.

Saya berpendapat kepada peminat-peminat busana pengantin khususnya kepada bakal-bakal pengantin yang ingin kelihatan berseri-seri di hari persandingan nanti, pergilah dapatkan busana rekaan terbaru daripada pereka ini yang menawarkan pelbagai rekaan yang anda inginkan.





Laporan dari Harian Metro, Sabtu, 5 Mei 2012







Fabrik Sifon pilihan wanita masa kini



WANITA sentiasa menitikberatkan penampilan diri mereka justeru pemilihan kombinasi rekaan dan warna pakaian amat memainkan peranan penting bagi menyerlahkan lagi personaliti diri.
Apatah lagi wanita hari ini juga semakin bijak memilih untuk berbelanja pada harga berpatutan namun masih kekal tampil mewah dan penuh bergaya. 
Oleh itu, menerusi gedung fabrik terkemuka tempatan, Gulati’s dan Euro Moda, pengunjung bukan sekadar ditawarkan variasi fabrik yang bersesuaian dengan trend semasa malah fabrik berkualiti daripada segi corak, warna dan sifat kain yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.


Antara jenis fabrik yang selalu menjadi pilihan wanita adalah fabrik sifon kerana ia mudah dipelbagaikan bagi memenuhi cita rasa pelanggan dan gaya semasa.


Fabrik yang diperbuat daripada kapas, sutera dan bahan sintetik serat ini bersifat ringan serta lembut, oleh itu harganya ditentukan oleh kualiti kain.




Antara pilihan fabrik sifon yang terdapat di terdapat di Gulati's dan di Euro Moda

Di Euro Moda dan Gulati’s, fabrik sutera sifon ini hadir dalam kualiti berbeza bagi memenuhi cita rasa dan bajet pelanggan. Sutera sifon cucian tangan sering menjadi kegemaran ramai untuk digayakan sebagai baju kurung, jubah moden atau blaus kaftan.


Rekaan corak dengan sentuhan warna terang menjadikan fabrik ini berbaloi pada harga serendah RM100 sepasang di samping akan mendapat fabrik lapis georgette yang berkualiti tinggi.


MENAWAN..


fabrik sifon juga digunakan dalam rekaan jubah-jubah terkini








Selain itu, di gedung ini juga terdapat lebih daripada 200 jenis rekaan fabrik yang menarik untuk dijadikan pilihan.


Hari ini, sutera sifon bercetak yang direka khas dengan kombinasi motif flora dan fauna, abstrak, geometri atau cetakan kulit haiwan terus mendapat sambutan menggalakkan.


Ramai dalam kalangan wanita suka memilih rekaan kombinasi corak berbunga dan cetakan kulit haiwan bagi menampilkan elemen mewah dan elegan.


Malah fabrik sutera sifon polos juga tidak kurang hebatnya apabila ia menjadi dambaan wanita yang gemar membuat baju berpotongan longgar seperti jubah moden dan kaftan.


Elemen tambahan seperti perincian manik dan kreativiti jahitan sulaman, baju sifon polos daripada satu rona warna juga tetap mewah untuk digayakan ke majlis rasmi mahupun keramaian.






Rekaan ini sangat sesuai untuk ke majlis makan malam rasmi..


fabrik sifon menyerlahkan keayuan si pemakai


Kostum pengantin juga diperbuat daripada sifon







Bagi penggemar koleksi fabrik ekslusif Itali dan fabrik sutera sifon dari jenama Eropah seperti Unggaro dan Valentino, anda harus ke gedung ini untuk mendapatkannya.


Pada pendapat saya, sentuhan manik, mutiara dan kilauan batu kristal swarovski yang terdapat pada fabrik mewah Eropah ini menambah penyeri kepada si pemakai yang akan tampil lebih yakin untuk ke majlis korporat ataupun makan malam istimewa bersama pasangan anda.


Dan saya rasa  sekarang  kebanyakan baju-baju pengantin juga telah banyak menggunakan fabrik sifon dalam rekaannya kerana saya rasa fabrik sifon sangat menarik dan juga sangat selesa untuk digayakan oleh pemakai, khususnya bagi pengantin yang mahu kelihatan lebih menawan dan bergaya.


Untuk pengetahuan anda, perbezaan antara sutera sifon Korea dengan sutera sifon Itali adalah berdasarkan warna dan rekaannya.


Ada 18 cawangan gedung Euro Moda dan Gulati’s yang menyediakan pelbagai jenis kain kegemaran. Terbaru, menerusi cawangan terbarunya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, dan Lembah Sireh, Kelantan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari facebook.com/euromodagulatisfanpage.

Beg Tangan Penyeri Wanita





Tidak lengkap rasanya gaya seharian wanita tanpa beg 
tangan. Selain diibaratkan seperti perisai diri,ia juga  menjadi titik tumpuan utama di samping sepersalinan busana indah.




Justeru, label aksesori mewah tersohor dari Australia, Oroton, menampilkan koleksi terkini musim bunga dan panas 2012 dengan gaya lebih moden, kontemporari dan pasti menarik hati.





Koleksi yang dipersembahkan pada pelbagai jenis beg tangan seperti beg tote, mini, genggam atau kepit seperti hobo dan aksesori untuk yang lain mengutamakan kualiti, elegan, perincian, kepelbagaian fungsi dan paling penting kesederhanaan.

Wednesday 25 April 2012

Baju tshirt muslimah terkini


Usah perlu risau dan pening -pening kepala untuk pergi beriadhah dan juga untuk aktiviti santai ..Dengan adanya rekaan baju t-shirt muslimah terkini, selesai sudah masalah itu..Inilah antara pilihannya...





Saya rasa baju t-shirt ini sangat menarik kerana ia bukan    sahaja sesuai untuk bersukan tetapi juga dapat digayakan untuk ke kampus dan sebagainya. 


Pelbagai corak dan design yang menarik yang boleh kita pilih mengikut citarasa anda. Dengan rekaan terkini ini anda juga dapat bermain sukan dan menjalani aktiviti-aktiviti lain dengan menutup aurat dan juga selesa..

Pelbagai sulaman menarik yang terdapat pada tudung bawal

CANTIK....gabungan warna pink dan biru yang menyerlahkan lagi si pemakai..




Tudung bawal telah mendapat perhatian semula apabila pereka tudung bawal telah meletakkan pelbagai bentuk dan corak sulaman di atas kepala yang biasanya dipanggil sulaman crown.Ramai wanita khususnya remaja masa kini semakin suka bergaya dengan tudung yang mempunyai sulaman crown ini kerana ia bukan sahaja menambahkan keyakinan kepada si pemakai, bahkan membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun dan menawan tanpa memakai aksesori yang lain.





indah....gabungan sulaman dan berlian 






Pada pendapat saya, gabungan diantara sulaman tangan yang unik dan ketulenan berlian yang diletakkan di atas kepala tudung sangat menarik kepada remaja yang mana mereka memang suka mengenakan tudung yang menyerlahkan personaliti mereka dan juga membuatkan mereka kelihatan lebih outstanding kerana mereka aktif dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Saya rasa mereka juga ingin sentiasa kelihatan menarik walau dimana pon mereka pergi. Dan dengan adanya rekaan sulaman yang begitu menarik, anda semua khususnya pada remaja di luar sana dapat juga aktif dan kelihatan menawan setiap masa.


Ini adalah diantara contoh-contoh design terkini.



                                        Ini adalah sulaman Riben Tempatan



                                                      sulam tangan ekslusif.


Banyak sulaman yang menarik yang terdapat pada tudung bawal..
Kepada yang berminat,
Pergilah dapatkannya sekaranggggg.....

BERGAYA DENGAN PELBAGAI CARA PAKAI TUDUNG BAWAL YANG MENARIK



Pada masa kini, dengan tudung bawal empat segi biasa,kita juga dapat bergaya seperti pemakaian selendang yang sekarang ini menjadi trend dan gilaan remaja masa kini.Semenjak selendang mendapat perhatian remaja, tudung bawal biasa tidak lagi mendapat perhatian, akan tetapi apabila banyak gaya dan rekaan di dalam cara memakai tudung bawal biasa diperkenalkan, ia menjadi trend semula.


  
Cuba anda lihat video ini dan cubalah try k...










Saya rasa tudung bawal sekarang telah banyak diubahsuai  yang menjadikan ianya diantara jenis tudung yang mendapat sambutan hangat daripada wanita yang bertudung khususnya remaja yang menginginkan keselesaan dan bergiat aktif dalam keadaan yang sopan. 


Ini kerana tudung ini sangat mudah dipakai dan sangat cantik dipakai kerana gabungan diantara sulaman bunga yang dibuat tangan dan berlian yang tulen. Dan saya rasa gabungan ini adalah gabungan yang sangat kreatif yang membuatkan ramai wanita tertarik dengan tudung bawal ini.  


Antara tudung-tudung bawal yang berada di pasaran sekarang...Banyak pilihan menanti anda, pilih je mana yang anda suka...
Ini tudung bawal yang mempunyai permata





Saturday 14 April 2012

Design terbaru rekaan pereka fesyen Nik Erwan Roseli





Tahniah kepada pereka fesyen berbakat besar, Nik Erwan Roseli yang telah memenangi tempat ke-2 di Pertandingan Batik Muslimah Piala Seri Iman di Terengganu yang diadakan baru-baru ini.






Collection Season: Autumn/Winter 2010. With the usage of dark earthly tones such as gold, bronze and dark green. These colors are suitable for the local market especially in muslimah wear as the colors are not shocking and suitable for most women with or without tudung. Simply stylish and desireable!







Nik telah menggunakan fabrik Batik Gaya Warisan yang sangat cantik dan sangat elegan digayakan. Menggunakan stylish ternama iaitu Megat Vee Azman. Antara model terlibat untuk fotoshoot ialah Dee Dee & Nazim. Ketika pertandingan pula, fesyen Nik Erwan Roseli digayakan oleh Ahya, Carmen, Eza & John O.







Fashion Statement: A delicate yet astonishing fabric, Batik is one of our culture’s most treasured craftsmanship has been modified to suit the lifestyle and trends of our modern day! The combination of batik and rock chic modus vivendi in our today society will give youngsters a more hip and updated look while paying tribute to our respectable fabric as a form of appreciation. The usage of geometrical shapes and floral in my collection will simply awe the eyes of the beholder as it has been given a fashionable facelift!

Design Concept: Specifically designed for young women with tudung. A trendy and modern muslimah look inspired by rock chic suitable for teenagers who dare to dress the part and appear stylish. Embelished with metal studs, ailets, gems and a sprinkle of diamante used in a fashionable manner styled with belts and tiered bangles. Truly outrageous!


Pada pendapat saya, pereka ini sangat kreatif memperkenalkan rekaan baju-baju yang sangat pelik dan juga unik kerana sesetengah orang sahaja yang betul-betul berani mempergayakan ataupun mengenakan pemakaian sebegini.


Tetapi apapun, saya ingin mengucapkan semoga pereka baru ini berjaya dalam kerjaya ini dan seterusnya dapat memartabatkan fesyen muslimah di mata dunia.